Monday, January 24, 2011

SEJARAH ADALAH PEMANGKIN JUANG BENAR


Kenal kah kita pada Dato'Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pak Endut atau Sipuntum. Jiwa dan raga mereka diserah pada siapa.....bukan empunya badan sendiri malah buat agama, nusa dan bangsa....terlekat dijiwa mereka, berjuang demi generasi tiba.....


Menjejak telapak kaki disini terasa perjuangan suci mereka mengalir bersama darah berpintal serasi belikat, terdengar nyaring pekikan "kafir laknat,......"

Menuntut itu biar senantiasa

Walau malam, walau kelam....jiwa perlukan santapan......ngaji Quran la pulak.....








Pagi menjelang, jiwa makin girang......letih semalam, hilang dengan tidur panjang.....ke sekolah plak....ayuh kejar apa yang dicita.....





Ceria tiap masa, agar bersedia menjadi khalifah tiap ketika........



Ikut, turut tiap langkah yang ditunjuk....

Tuesday, January 12, 2010

PANORAMA SEBAHAGIAN IPOH

Monday, September 17, 2007

Kad Gores dan Menang

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MENGATASI MASALAH PENIPUAN DALAM MENGGUNAKAN KAD GORES DAN MENANG?

Sejak kebelakangan ini kejadian penipuan yang melibatkan penggunaan kad gores dan menang kerap didengari berlaku di setiap daerah dan kawasan di Malaysia. Modus operasi bagi sindiket gores dan menang ini kebanyakkan menggunakan pendekatan psikologi dan pertuturan yang sangat mengujakan setiap mangsa.
Sindiket ini kebiasaannya dianggotai oleh remaja lepasan sekolah yang merupakan proksi kepada perancang utamanya. Operasi mereka adalah menyeluruh di Malaysia dan dipercayai mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit sebulan. Anggota-anggota sindiket gores dan menang ini akan menawarkan kad terbabit kepada orang ramai sama ada di kawasan perumahan, pusat beli-belah, stesen minyak dan lain-lain tempat awam terutamanya tempat meletak kereta.
Setiap mangsa akan disuruh menggoreskan kad tersebut untuk mengetahui hadiah dimenangi dan hadiah yang ditawarkan termasuklah kereta dan wang tunai. Mangsa kemudiannya disuruh datang ke pejabat mereka yang kebiasaannya beroperasi dalam tempoh yang singkat untuk menebus hadiah yang dimenangi mereka. Di sini mangsa akan diminta membuat bayaran tertentu dan akan menerima barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan jumlah bayaran yang telah dilakukan.
Mangsa sindiket kad gores dan menang ini hanya akan menyedari tertipu apabila wang yang telah dibayar tidak akan dipulangkan setelah mendapati barangan yang diperolehi lebih murah dan berkualiti rendah. Bagi sesetengah mangsa ini, mereka hanya akan berdiam diri dan situasi ini akan menyebabkan statistik mangsa penipuan sindiket ini makin meningkat pada setiap bulan.
Memandangkan permasalahan ini semakin menjadi-jadi, perkara utama untuk menyedarkan masyarakat ialah dengan memaklumkan pada seluruh lapisan masyarakat tentang kewujudan kaedah penipuan dan sindiket gores dan menang ini.
Masyarakat pada setiap kawasan sama ada di bandar atau desa dapat mengetahui taktik dan modus operasi “lanun-lanun” ini. Untuk ini, mangsa-mangsa yang telah terperangkap dan terjerat sepatutnya tampil ke hadapan sama ada kepada pihak berkuasa atau pihak media bagi mendedahkan setiap kronologi dan gerak langkah sindiket ini. Dengan pendedahan tersebut melalui media, maka masyarakat telah dapat maklumat penting secara asas walaupun tidak terperinci aktiviti sindiket ini.
Langkah ini sekurang-kurangnya dapat menjauhkan masyarakat dari anggota-anggota sindiket ini kerana orang ramai telah mula mengesyaki penipuan yang akan dilakukan. Sindiket ini akan mula merasakan bahawa mereka akan lebih susah untuk mendekati bakal mangsa dan seterusnya berdrama iaitu langkah pertama atau permulaan bagi kes penipuan kad gores dan menang ini.


Apa yang kita cuba pupukkan pada langkah terawal tadi hanyalah satu bentuk amaran awal kepada masyarakat tentang adanya disekeliling mereka “lanun-lanun” sindiket kad gores dan menang. Namun sikap waspada tanpa sebarang ilmu pengetahuan dan hak-hak juga akan menyebabkan masih ada yang akan terkena disebabkan perasaan ingin “cuba-cuba”.
Lantas pengetahuan kepenggunaan dan hak-hak pengguna adalah merupakan ilmu kebal utama yang patut dibekalkan kepada semua golongan masyarakat.
Dalam membicarakan pendekatan ini, kita akan kembali kepada pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika ilmu waja diri diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia empat tahun, mengapa tidak dengan ilmu kepenggunaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran merumuskan silibus pelajaran atau aktiviti bermula pada peringkat sekolah rendah lagi. Kredit(pujian) juga harus diberikan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai persatuan berkaitan kepenggunaan yang bergerak aktif dan mempunyai ahli berkualiti yang cukup ramai. Wujudkan anugerah pada peringkat sekolah, daerah (PPD), negeri (PPN) dan Negara bagi setiap kategori persatuan dan individu bagi kesedaran isu pengguna.
Masih terdapat pelbagai cara dan alternatif bagi menerap dan meningkatkan ilmu kepenggunaan yang sememangnya bukan hanya dapat mengelak masyarakat tertipu oleh sindiket kad gores dan menang tetapi penipuan lain yang melanggar hak-hak pengguna.
Setelah penerapan ilmu-ilmu pengguna pada masyarakat diberi keutamaan, maka faktor penguatkuasaan pula memainkan peranan penting menegakkan undang-undang yang telah digariskan Kerajaan Malaysia untuk melindungi pengguna termasuklah penipuan kad gores dan menang.
Kebanyakkan agensi penguatkuasa menghadapi masalah kekurangan kakitangan untuk menangani setiap aduan. Selain melatih lebih banyak kakitangan penguatkuasa yang berkaliber, respon dan bantuan orang awam yang sememangnya telah dihidangkan dengan ilmu kepenggunaan telah menyedarkan mereka untuk bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkenaan.
Bagi setiap pelaksanaan penguatkuasaan, faktor risikan adalah kunci utama mencapai kejayaan untuk memerangkap anggota-anggota sindiket gores dan menang ini. Umum telah maklum bahawa operasi “lanun-lanun” ini diadakan pada tempat-tempat awam dan mangsanya pula yang agak kelihatan naïf jika dibandingkan dengan anggota sindiket itu sendiri. KPDNHEP atau Polis boleh meletakkan anggotanya yang melakukan penyamaran sebagai orang awam pada lokasi yang berkemungkinan tinggi sindiket ini bergerak aktif bagi mengumpan dan mendapat bukti lanjut bagi penangkapan dan melumpuhkan aktiviti mereka ini seterusnya.
Di dalam menangani masalah penipuan kad gores dan menang ini, biarlah berlakunya pertindihan bidang tugas dan spesifikasi skop kerja di antara agensi-agensi bertanggungjawab asalkan masalah ini dapat dihapuskan sehingga ke akar umbinya dan tidak mampu muncul kembali untuk meneruskan penipuan.
Kembali semula kita membicarakan tentang undang-undang yang selayaknya jika penguatkuasaan telah berjaya menampilkan mereka berkenaan dalam penipuan kad gores dan menang ini ke mahkamah.
Seperti mana undang-undang yang berkaitan alam sekitar, undang-undang bagi kesalahan kepenggunaan di Malaysia adalah masih di peringkat berlemah-lembut. Perintah membayar denda dan menyita hanya seakan-akan “cubitan” atau “gigitan kerengga” kepada pihak-pihak yang telah terbukti bersalah ini. Dengan keuntungan jutaan Ringgit, “lanun-lanun” akan bangkit kembali dengan modus operasi yang sedikit berbeza dan pada lokasi yang berlainan.
Kerajaan seharusnya meletakkan pengajaran yang cukup bernilai kepada dalang-dalang dalam kes penipuan kad gores dan menang ini sehingga dapat diingati oleh mereka seumur hidup malah kepada masyarakat umumnya tentang kesalahan penipuan tersebut. Hukuman sebat dan tempoh penjara yang panjang dirasakan boleh membayar kembali setiap sen yang telah dikaut oleh “lanun-lanun” ini dari masyarakat melalui penipuan mereka tersebut.
Jumlah sebatan seharusnya berdasarkan jumlah Ringgit dan mangsa yang telah ditipu dan bukannya dari jumlah yang berdasarkan umur penjenayah tersebut.
Pastikan tempoh mereka menghuni “kandang besi” tersebut cukup untuk menghabiskan usia mereka jauh dari masyarakat yang pernah ditipu golongan ini.


Kegiatan penipuan kad gores dan menang ini dan lain-lain penipuan melibatkan pelanggaran hak-hak pengguna pastinya tidak akan tumbuh dan wujud jika pada awalnya tertanam dalam peribadi setiap insan tersebut sikap mahu senang dengan cara yang mudah.
Sikap mahu senang mengaut keuntungan dengan mudah menipu orang ramai pada setiap anggota sindiket dan pengelola utama penipuan kad gores dan menang ini membuatkan mereka alpa dan lupa bahawa ia melanggar undang-undang negara.
Begitu jugalah sikap pengguna yang senang dipengaruhi dan mengambil mudah setiap sen yang dibelanjakan oleh mereka tanpa sebarang soal selidik mendalam terhadap sesuatu tawaran.
Oleh itu setiap golongan masyarakat diminta bersama-sama berusaha mendalami dan menghayati setiap hak-hak pengguna dalam menangani masalah-masalah penipuan kad gores dan menang serta lain-lain penipuan yang wujud. Sempena Hari Pengguna Malaysia 2007 ini, semoga kesedaran kepenggunaan yang cuba diterapkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ini meresapi setiap jiwa rakyat Malaysia yang makmur ini.

Friday, January 26, 2007

Cameron Highlands

Temperature always less than 24 degree celcius. Cameron Highlands main town is Tanah Rata. Hotels, Banks, shops and local goverment bodies located at Tanah Rata. Tourist should try to stay at The Cool Point Hotel (Phone no.05-4914914) for a night or more. Experience the night life with some special cuisine and cool weather in your 24 hours activities.

Thursday, January 25, 2007

Pengajian Pondok

Pada masa ini, jumlah pusat pengajian agama yang berpusat di pondok-pondok sangat berkurangan. Kebanyakan pusat-pusat ini masih wujud di negeri-negeri di Utara Semenanjung dan negeri-negeri di Pantai Timur